Tuesday, June 8, 2010

Kelabu Menjadi Penglihatan Kini







Kelabu menjadi penglihatan kini,
Keindahan tak ke mana sudah kini,
Kamar sepi diduduki,
Kenangkan dulu tuk kembali,



Kelabu menjadi penglihatan kini,
Keinginan yang ada tidak dikecapi,
Ketidak tentu halaan menjadi teman disisi,
Kemana mahu tidak diketahui,




Kelabu menjadi penglihatan kini,
Pudarnya warna si pelangi,
Dulu hidup di bawah si pelangi,
Kini hidup di bawah si kesali,




Kalau begitu sudah diakhiri,
Yang dulu itu dilupakan saja,
Kerna pelangi tak wujud lagi,
Kelabu menjadi penglihatan kini.








* kelabu itu warna penglihatan ku kini....  =(

1 comment: